Categories
Padang Rengas Perak

Desa Homestay

Homestay beralamat Lot 114, Kampung Buaya, 33700 Padang Rengas, Perak.

Homestay terletak 10 minit dari susur keluar Kuala Kangsar Lebuh Raya Utara Selatan
5 minit dari Stesen KTM Padang Rengas
3 minit dari Stesen Petronas Padang Rengas
2 minit dari Kolej Volasional Kuala Kangsar
15 minit ke bandar Kuala Kangsar
40 minit ke bandar Taiping

Kemudahan yang disediakan:
– Bilik 1, 1 katil Queen size, almari pakaian, penghawa dingin
– Bilik 2, 1 katil Queen size, rak pakaian, kipas dinding
1 bilik air
– Tuala mandi
– Sejadah
– Peti sejuk
– Mesin basuh
– Set meja makan dan kerusi
– Set kerusi di ruang tamu
– Kipas siling
– Tv beserta njoi
– Jug elektrik
– Set pinggan mangkuk dan perkakas asas memasak
– Dapur memasak

Categories
Padang Rengas Perak

UMI Homestay (Padang Rengas, Perak)

HOMESTAY UMI terletak di No A7, Rumah Murah, Padang Rengas, 33700 PADANG RENGAS, Perak Darul Ridzuan.

Homestay ini terletak 10 minit dari susur keluar Kuala Kangsar Lebuhraya Utara Selatan
1 minit dari stesen minyak petronas
2 minit dari stesen KTM padang rengas
2 minit dari Kolej Vokasional Kuala Kangsar
30 minit ke bandar Taiping
15 minit ke bandar Kuala Kangsar.

Kemudahan yang disediakan:
– Bilik 1, 1 katil queen size, penghawa dingin, almari pakian dan almari solek
– Bilik 2, 1 katil queen size, 1 katil bujang, penghawa dingin, almari pakian dan almari solek
– 1 bilik air
– Tuala mandi
– Iron dan Iron board
– Sejadah
– Peti sejuk
– Mesin pembasuh
– Set meja makan dan kerusi
– Set Kerusi di ruang tamu.
– Kipas Siling
– Set pinggang mangkuk dan …
– Jug elektrik
– TV berserta njoi
– Ruang letak kereta (muat untuk 2 kereta)

Kadar bayaran :
1 Malam RM 150.00

Komitmen kami:
Para tetamu akan di sediakan:
– Rumah yang kemas dan bersih
– Cadar dan sarung bantal baru(di basuh)
– Tuala baru(di basuh)
*Keselesaan Tetamu Kepuasan Kami*

Sesuai untuk percutian keluarga,’outstation’ dan menghadiri kenduri kahwin.
Check in : 2.00pm
Check out : 12.00pm

Berminat Hubungi:
013-5239270- SMS,WhatsApp: Nor Aniza
019-9152622- SMS,WhatsApp: Sofian
013-9351936 – SMS, WhatsApp :Umi Kalthom

Do & Don’ts di Homestay Umi
1.Sila pastikan semua pintu, tingkap ditutup dikunci jika tiada di homestay.
2. Pastikan pintu pagar utama dikunci setiap kali anda meninggalkan homestay.
3. Merokok adalah dilarang di dalam rumah bagi menggelakkan kebakaran.
4. Sila buang sampah di dalam tong sampah yang telah disediakan.
5. Jangan biarkan suis dalam keadaan ON sekiranya tiada di homestay.
6. Segala bentuk senjata tajam & merbahaya adalah diharamkan.
7. Segala masalah teknikal seperti mentol lampu tidak menyala, sinki & tandas tersumbat hendaklah dilaporkan segera kepada pemilik homestay.
8. Membawa masuk binatang peliharaan adalah dilarang sama sekali.
9. Kunci homestay yang hilang akan dikenak dan bayaran sebanyak RM 40.00.
10. Membuat kunci pendua(duplicate key) adalah dilarang.
11. Segala kelengkapan yang disediakan seperti TV, Kipas, Penghawa Dingin, Peti Sejuk, Dapur dan sebagainya hendaklah dijaga dengan baik.
12. Jika terdapat kelengkapan yang hilang akan dikenakan bayaran mengikut senarai yang telah ditentukan oleh pemilik homestay ( rujuk lampiran A).
13. Dilarang memaku @ menconteng dinding di dalam atau di luar homestay.
14. Tidak menyimpan , membawa apa-apa senjata/senjata api, alat letupan/bahan letupan, apa-apa barang yang mudah terbakar/merbahaya & barang-barang yang salah di sisi undang-undang.
15. Tidak menggunakan homestay ini untuk kegiatan haram, tidak bermoral, sama ada perniagaan/perdagangan & perjudian dalam apa jua bentuk sekali pun.
16. Hanya tetamu MUSLIM yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram sahaja dibenarkan menginap (KECUALI HAL-HAL MUDARAT/KECEMASAN YANG BERKAITAN MELALUI PERUNDINGAN ~ dengan menyewa bilik2 berasingan di atas rasa tanggungjawab & beban sendiri/masing-masing berdasarkan hukum-hukum syarak…).
17. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke rumah.
18. Minuman keras/alkohol atau bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti senjata api, bahan letupan, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
19. Sila cuci atau basuh dan kembalikan ke tempat asal semua peralatan pinggan-mangkuk yang telah anda gunakan.
20. Sila jemur tuala atau pakaian basah di ampaian yang disediakan di hadapan rumah kediaman.
21. Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan.
22. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dengan tidak mengganggu lalu lintas dan menimbulkan kemarahan jiran-jiran.
23. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di taman perumahan ini. Elakkan daripada membuat bising di larut malam.
24. Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah. Pastikan pintu, gril dan pagar dikunci, samada ketika anda sedang berada di rumah, mahupun apabila anda meninggalkan rumah walaupun untuk seketika. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kejadian atau kehilangan barang berharga semasa anda menginap di sini.
25. Bilik air ~ Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan ke dalam bekas yang disediakan.
26. Laporkan sebarang kerosakan/kejadian tidak diduga yang berlaku. Wang cengkeram (sekiranya ada) anda mungkin dikira sebagai gantirugi/pampasan ke atas kerosakan/kejadian tersebut yang berlaku akibat kecuaian/kelalaian anda.
27. Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam premis, sila letakkan dan susun kembali di tempat asal sebelum anda check-out.
28. Sila tinggalkan premis ini dengan persekitaran/kualiti kebersihan bersama seperti semasa anda mula memasukinya (jika tidak menjadi kesulitan).

SEGALA KEHILANGAN BARANG PERIBADI, KEMALANGAN DAN KESELAMATAN TETAMU ADALAH DI BAWAH PENGAWASAN DAN TANGGUNGJAWAB TETAMU SENDIRI. PEMILIK HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KELALAIAN PIHAK TETAMU .

~ TERIMA KASIH ~
…Keselesaan & Kepuasan Anda Adalah Diutamakan…
^^ Selamat Mengeratkan Silaturrahim ^^